Thursday 9 August 2012

Solat sunat tarawih


KELEBIHAN ORANG YANG BERTARAWIH


MALAM PERTAMA   : Telah keluar orang mukmin daripada dosanya pada malam pertama seperti mana ia baru lahir , dosanya diampun oleh Allah .

MALAM KEDUA           : Diampun dosa orang yang sembahyang tarawih serta kedua ibu bapanya , kiranya mereka orang yang beriman .

MALAM KETIGA        : Berseru malaikat di bawah Arash supaya meneruskan kami sembahyang tarawih berikutnya , semoga Allah mengampuni dosa .

MALAM KEEMPAT   : Diberi pahala sebahagian pahala seumpama orang yang membaca kitab-kitab Taurat , Injil , Zabur dan Al-Quran .

MALAM KELIMA        : Dikurniakan pahala seumpama orang yang sembahyang di Masjid Al-Haram ,Masjid Al-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa .

MALAM KEENAM      : Allah Subhanahu Wataala mengurniakan pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur 70 ribu malaikat sekali bertawaf serta setiap batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampuni dosa orang bersembahyang tarawih pada malam itu .

MALAM KETUJUH    : Seolah-olah ia bertemu dengan Nabi Musa Alaihissalam serta menolongnya menentang musuh ketatnya iaitu Firaun dan Hamam .

MALAM KELAPAN      : Dikurniakan pahala kepadanya sepertimana dikurniakan pahala kepada Nabi AllahIbrahim (Khalilullah) Alaihissalam .

MALAM KESEMBILAN    : Seolah-olah ia menyembah Allah , sepertimana Nabi Alaihissalatu Wassalam menyembah Allah (iaitu dinaikkan darjat ibadatnya) . Allah Subhanahu Wataala mengurniakan kebaikannya di dunia dan di akhirat .

MALAM KESEEPULUH    : Allah Subhanahu Wataala mengurniakan kebaikannya di dunia dan di akhirat .  
         
MALAM KESEBELAS        : Keluar ia daripada dunia (mati) dalam keadaan bersih dari dosa seperti ia baru dilahirkan .

MALAM KEDUA BELAS   : Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (iaitu cahaya ibadat) .

MALAM KETIGA BELAS : Datang ia pada hari kiamat dalam keadaan aman daripada tiap kejahatan dan keburukan .

MALAM KEEMPAT BELAS : Datang malaikat menyaksikan ia sembahyang serta Allah tidak menyesatkannya pada hari kiamat .

MALAM KELIMA BELAS  : Semua malaikat yang menanggung arash berselawat dan mendoa keatasnya supaya Allah mengampuninya .

MALAM KEENAM BELAS : Allah tulis baginya lepas dari azab neraka dan dimasukkan ke dalam syurga .

MALAM KETUJUH BELAS : Diberi pahala sebanyak pahala nabi-nabi .

MALAM KELAPAN BELAS : Hai hamba Allah ! Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati) .

MALAM KESEMBILAN BELAS : Allah Subhanahu Wataala tingkatkan dan tinggikan darjatnya dalam syurga firdaus .

MALAM KEDUA PULUH  : Dikurniakan kepadanya pahala sekalian mereka yang mati syahid dan orang-orng yang solihin .

MALAM KEDUA PULUH SATU : Allah Subhanahu Wataala binakan sebuah istana di dalam syurga daripada Nur .

MALAM KEDUA PULUH DUA : Datang ia pada hari kiamat aman daripada dukacita dan kerisauan (tidak di dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar) .

MALAM KEDUA PULUH TIGA : Allah Subhanahu Wataala binakan sebuah Bandar di dalam syurga .

MALAM KEDUA PULUH EMPAT : Allah Subhanahu Wataala memberi peluang 24 doa yang mustajab (elok berdoa waktu subuh) .

MALAM KEDUA PULUH LIMA : Allah Subhanahu Wataala mengangkat daripadanya siksaan kubur .

MALAM KEDUA PULUH ENAM : Allah Subhanahu Wataala memberi pahala ibadat selama 40 tahun .

MALAM KEDUA PULUH TUJUH : Melintas atas titian hari kiamat seperti kilat yang menyambar .

MALAM KEDUA PULUH LAPAN : Allah Subhanahu Wataala mengangkat darjatnya 1000 darjat di akhirat .

MALAM KEDUA PULUH SEMBILAN : Allah Subhanahu Wataala mengurniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur .

MALAM KETIGA PULUH : Hai hambaku , makanlah segala jenis buah-buahan yang kamu hendak makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabil dan minumlah air dari telaga Nabi bernama Kausar .

Bacalah , fahamilah , dan fikir-fikirkanlah .

“ Sesungguhnya amalan kita yang dibawa ke syurga nanti , bukan darjat mahupun harta yang bertimbun-timbun .”


www.janapendapatan22.blogspot.com

No comments:

Post a Comment