Friday, 10 August 2012

Susu rumusan khas bayi


Susu sembelit bayi-NOVALAC

Apa ada pada susu sembelit bayi?
Apa perbezaan susu formula dengan susu lembu?
Kenapa saya pilih susu novalac?

Ikuti kisah saya ini dan saya harap anda pun sukakannya:-
Baru-baru ini saya dikurniakan seorang anak lelaki yang sempurna paras rupa cuma dikesan dapat G6PD.Bayi atau kanak-kanak yang dapat G6PD ini,harus dijaga betul-betul.Terutamanya pada pemakanannya.Tapi saya bukan nak kongsi tentang G6PD ni,tapi tentang susu.
Pada awal kelahiran,saya bagi minum susu Anmum.Alhamdulillah tiap-tiap hari anak saya buang najis.Tapi lepas je anak saya berumur sebulan,dia dah tidak membuang tiap-tiap hari.3 hari sekali baru dia membuang.Naik bimbanglah saya.Saya terus cari info dari internet mengenai ni.Saya terjumpalah susu formula ni.Tapi susu ni untuk budak sembelit.Walaupun anak saya tidak sembelit,saya cuba jugalah susu ni disebabkan anak tidak membuang 3 hari.Hari-hari anak saya minum susu ni sampai 3 bulan.Tengok-tengok,anak saya tak juga membuang tiap-tiap hari.tapi tiap lepas je 2@3 hari,pasti dia membuang.Ibu saya cakap tak payah bimbang.Mungkin dia tiada najis nak dibuang.Sebab tulah dia akan buang 2@3 hari je.Saya legalah sikit bila ibu cakap sedemikian.Saya pun teruskan guna susu novalac ni.Hajatnya nak terus bagi anak saya minum sampai 6 bulan.Mungkin dalam tempoh 4 hingga 6 bulan,dia buang najis secara normal (tiap-tiap hari).
Berkat kesabaran dan tawakal saya dan isteri,anak saya sekarang sudah 5 bulan.Alhamdulillah,semenjak anak saya mencecah je 5 bulan,dia sudah membuang tiap-tiap hari.Lega tak terkatalah hati kami.Dan alhamdulillah,anak saya sehingga hari ni sihat wal afiat....
Anda jangan tersalah tafsir.Daripada cerita saya ni,susu ni bukanlah ubat.Bukan juga perfect.


Kita hanya berusaha,bertawakal.
" Segala penyakit,ada ubatnya".
"Segala masalah,ada jalannya".
Sentiasalah berdoa dan berserah pada yang maha Esa.Samada sembuh@tidak,hanyalah ketentuannya....


www.janapendapatan22.blogspot.com

No comments:

Post a Comment